Hari ni hari Jumaat. Jam di komputer menunjukkan 7:40pm. Masih di
Kampung Mak Kemas, Bukit Payong, Kuala Terengganu, Terengganu. Esok akan balik ke
Wangsa Melawati, Setapak, Kuala Lumpur. Dan esok satu lagi? Ke
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Batu 13, Jalan Cheras, Kajang, Selangor [betul ke alamat?]. Waaa.. Nak masuk tahun kedua di SMAPK. 2010. Rakan-rakan, kita jumpa di sekolah pada hari ahad ok?
1Januari2010.
Hari ni kerja cat bilik kak yah. Huhu. Penat penat. Baru cat undercoat [putih]. Tak sempat nak cat warna warni Malaysia. Doing nothing except that satu hari. Dari pagi sampai petang.
31Disember2009.
Semalam punya cerita. Shopping sama KakMaznah+CiklahKesayangan. Setengah hari di Bandaraya Kuala Terengganu. Mula-mula pergi beli cat di Pulau Kambing [kalau tak salah]. Benda yang dicari oleh CiklahKesayangan ialah
jaket jean hitam [macam kak punya.]. Kami pon mulakan pencarian. Woah! Sangat susah dicari. Dan pada hari itu, aku jumpa
kasut sukan yang cantik. Haha. Tak ada la cantik mana, biasa saja. Dan barang2 keperluan untuk ke asrama juga dijumpai. Kami keluar dari rumah pada jam 3.35ptg [selepas 45mnit menunggu kak bersiap]. Sampai semula di rumah pada jam 9.45mlm. Shopping sakan. Jaket Ciklah dijumpai di MydinMall. Tempat terakhir persinggahan. Haha. She was sooo happy then. I also got my
rojak. Haha. Sedapsedap.
30Disember2009.
Balik ke
Kampung Mak Kemas, Bukit Payong dari rumah ciklah di
Kemaman. Breakfast di
Kerteh. Teruskan perjalanan ke
Pejabat Daerah dan Tanah, Kuala Berang. Sementara aku dan ciklah menunggu dato selesai urusannya, kami ke
Perpustakaan Awam Marang. Kami lalu jalan yang aku tak pernah lalu. 1st time pergi kebun kelapa sawit dato. Trill giler jalan nak ke situ. Malamnya, aku+Ciklah+umi ke
Giant. Tidak tahu apa yang dicari. Tetapi dalam pada itu, aku dapat satu beg silang B.U.M Equipment atas ehsan Ciklah. Haha.
Time kasih Ciklah. Lain kali belilah lagi. =p. Ciklah pon beli juga dia punya. B.U.M juga. Design lain je.
p/s: Saje meng'hilight' nama tempat2 itu. Tempat yang aku kunjungi dalam masa 2-3 hari ni.
pp/s: kata ganti nama akan bertukar. harap maklum.