Salam..
Hari ni hari Isnin. Aku tahu semua pon tahu hari ni hari Isnin (dah nak habis pon hari ni). Pagi tadi plan nak pergi PETROSAINS sebab nak bawa afiq kesayangan tu. Sampai KLCC tengok tutup. Ye semua orang. PETROSAINS TUTUP PADA SETIAP HARI ISNIN. Pelik kan? haha.
So, aku pon pujuk2 ah mak nak pergi tengok wayang. huhu. And she agreed! Heaven kan? Mak+Afiq pergi tengok cerita Astro Boy. Cerita apa entah. Aku dengan penuh semangat yang berkobar2 pergi tengok TWILIGHT SAGA: NEW MOON.lalala. Seronok2! haha.Dan EDWARD CULLEN SANGAT HANDSOME!! I can't help it. SANGAT SANGAT SANGAT HANDSOME!! haha. Tapi cerita dia tergantung ah. Kena tengok Eclipse and yang last tu. And you know what? Dah ada buku dia yang version BM. dan tajuk dia TWILIGHT - SENJAKALA. Apa tu? haha. New Moon tak ingat la pulak. Nampak di Kinokuniya.
Edward jugak yang menang. Jacob? Nak Edward gak. haha
Tengok. Sangaaaaaaatt handsome..
Habis di KLCC. Habis movie, kami semua bergerak ke Masjid Jamek pula.
Mak pergi Masjid Jamek ni sebenarnya nak pergi bayar insurans. So, first2 kami ke Etiqa insurans. habis sejam kat situ. takde orang pon. Tapi sorang dah 20 minit. huh! Penat tunggu. Kemudian kami pergi makan. breakfast pukul 0930. Habis kat insurans tu dah pukul 3. Lapar weyh! Pergi makan kat gerai2 je. Standard commoners ah kan. Aku makan nasi ayam. Afiq dia makan mi sup. Mak order memang ikut selera Afiq ah. Takde sayur, takde apa2. Hanya mi dan sup. Buat cukup syarat je. Then, ayah pon tiba di Masjid Jamek.
Imbas kembali.
pukul 0915 keluar dari rumah. menghala ke Taman Permata Untuk mencari tempat makn. huhu. Stop di kedai belakang Giant. Makan ala kadar je. Ingat ayah nak hantar dirinya ke office. Tapi, dia hantar kami ke KLCC terus. Class gitu.
Habis makan, pergi solat. Nama tempat pon Masjid Jamek, solat kat Masjid Jamek la kan? Pastu turn ayah pulak pergi makan. Mak pergi parking kat Semua House. Kami pon berjalan2 lagi. Pergi Nagoya. Cari kain nak buat baju PPS (stands for Pengawas Pusat Sumber). Lupa kaler la pulak. So, tak beli lah. huhu. Then, kami pergi cari Dualstick PS2 la pulak. Kena ketok RM80 untuk PS2 saje. Pastu balik lah. Lenguh segala urat badan. haha.


No comments:
Post a Comment