Saturday, December 26, 2009

the year is ging to end.

Hari ni dah 26 Disember 2009 huh? Lagi beberapa hari untuk melangkah ke tahun baru 2010. Alam persekolahan pun akan bermula. Waa!! Nak balik sekolah dah.Tapi, macam ada feeling la pulak nak balik sekolah ni. Macam best je. Nak balik sekolah. Alangkah bagusnya kalau perasaan ni bertahan setahun demi setahun. 365hari setahun. 52 minggu setahun. 7hari seminggu. 24jam sehari? Alangkah bagusnya. Tapi, aku sendiri tahu yang nanti dah ada di sekolah mulalah touching2 nak balik rumah. haha. Biasalah.Yang tak bestnya nak balik [ke pergi?] sekolah ni, nanti dah tak boleh nak tidur pukul 2-3 pagi macam kat rumah. Tak boleh dah nak bangun tidur pukul 9-10pagi macam kat rumah. Dah kena basuh baju sendiri balik. Kena iron baju balik [ kat rumah pun, tapi kat asram kena copcop]. Kena makan makanan DM yang best. Kena pergi latihan memanah setiap petang. Dah ada junior dah tahun depan. Haha! Dan kena mengadap muka2 mereka kembali. Argh!! Mengingatkan semua itu membuatkan semangatku untuk kembali ke sekolah merundum.


Tahun depan aku berazam untuk tidak balik rumah sekerap tahun ni [dah penuh buku outong tu guna. baru setahun]. Cewahh! Lagipun tahun depan mak+dad+afiq akan kerap ke Brunei. Ya ke? So, rasanya memang tak patut ah nak suruh kak pergi ambil di sekolah kan? So, tak perlu baliklah senang cerita. Kalau nak balik pun, usaha sendiri la ek? Maybe boleh ke rumah Athira ke? haha. Tak sampai lagi rumah dia.


Ok. cerita lain. Semalam satu family keluar pergi dinner. Dah berapa lama tak keluar satu family hah? Tapi tak cukup korum la. Acik tak ada. Mula2 pergi jalan2 di Wangsa Walk dulu. Tak pernah pergi lagi. Tapi, memang tak ada apa2 la. Nak kata tak rugi pun kalau tak pergi. Lalu sebelah kedai Spectacles, mak terfikir nak check mata Afiq yang semaik dia kata tak nampak kalau jauh sangat. So, check la mata dia. And power dia memang power la. 5.00 and 4.50. Lagi tinggi daripada aku. Ish3. Banyak sangat tengok tv tu.. Semantara tunggu Afiq check mata dia tu, kakak2 dan abangnya tak ada kerja, testing2 spek. huhu. Nasib baik tak kena marah. Selepas selesai semua itu, then kami pon memikirkan nak makan di mana.Sebab point utama keluar tu nak pergi makan. Atas sebab kat Wangsa Walk tu food court pun tak ada. Hampeh betul. So, kami decide untuk ke Kak Eita steamboat kat Seksyen 2. Kedai ni pun hampeh. Boring je. Tengok dari luar nampak gahh je. Dalam tak ada apa2. Tapi makan la jugak. Abang order steamboat [pakej kak dan aku]. Mak-mee bandung, adik-nasi+ayam masak merah, dad-tomyam susu. Tapi not bad la rasa dia. haha. Makan2.


Dan pagi tadi? Berjogging di Taman Tasik Keramat. Yang bestnya kat situ ada benda2 yang biasa ada kat gim. Ada kat situ. haha. Excited je main kat situ. Jogging 3 round je [bukan jogging pun, jalan je]. Main kat situ je lebih.  Then kami pun ke Pasar Keramat. 2nd time ke pergi Pasar Keramat? Tengok Mak+dad membeli macam beratus je habis kat situ. ish3. Tak tahu la.



That's the story for now.
Till we meet again. haha


No comments: