Sunday, January 30, 2011

semua pun sama

Bersekolah sebagai seorang Tingkatan 3 agak manyakitkan ah. Menyakitkan hati, fizikal, mental emosi, cukup semua. Ciss, minggu kedua dah ada kelas segala bagai. 

Ok, start first day, mendaftar macam biasa di Dewan Nik Moohyiddin Wan Musa (betul ke nama ni?) , ok, menapak ke senarai kelas, tak susah pon cari nama, atas sekali. Nama special memang macam tu :)
3 Marikh, ok. Guru kelas, Pn Hasimah. Oklah, best :)

Dorm, ditetapkan. Blok lama, Blok baru form2 +5 . Tak kesah lah. Katil pon ditetapkan, huh. 
Buku teks amik terus, memang hari first terus belajar lahh. Terbaik betul, tade taaruf ke amende dah.

Manusia dalam kelas tetap sama, tak boleh nak streaming sebab cikgu KH tak cukup. Huhu, cikgu ERT sekarang pon sebenarnya cikgu PK. Kesian cikgu saya. Oh, girls je tukar sikit. Makhluk lelaki masih orang yang sama. 

Form 1 sumpah masok awal. First week tu, kitorangg dulu second week. Nasib korang lah :)
Pastu, sampai sekarang serabut gile tengok cara pemakaian dorang time kat asrama. Cukup lengkap, nak keluar asrama trus pon boleh -.-' Tak payah tukar baju ke tudung dah. Dah boleh keluar. 

 *****************

Before balik ni, ada merentas desa. Best best, peluang bersenam setahun sekali. haha. KAW no3. Bukan yang terakhir lagi :) TZ tetap first, AU meningkat, no2, maaflah UZ anda terakhir. Dan saya tetap menyumbang 1 mata kepada KAW :) Memang confirm tak dapat no kalau dah namanya jog-jalan-jog-jalan. Orang yang no satu tu jogging je tade jalan jalan dah.

Ahh, yang bestnya time merentas desa ni, kelab jepun buat gerai. Jual sushi dan onigiri dan cocktail dan ape lagi entah. So, aku mengambil peluang buat sushi. First time tuhh. Gila jakun lah. Memag best ah buat sushi, yang hujung hujung tu masok mulut :) Memang kenyang.

First kelab fotografi ada aktiviti, *kalau betul mereka amik gambar bawah nama kelab. Ada photographer -Fatimah dan Acap.

*****************

Then, ada Majlis Perlantikan Majilis Pemimpin Pelajar. Semua Pemimpin Pelajar, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan BADAR. Memang ramai dan sesak dan lama dan bosan. Reheasal memang sangat menyakitkan hati. 

Amik 2 masa lepas perhimpunan tu untuk Majlis ni. 

Sedap tidur dalam dewan :)

No comments: