Tuesday, February 1, 2011

biskut memang makanan ruji budak asrama

Kepada sape-sape yang tak tahu, aku sekolah di SMA Persekutuan Kajang. Dan ini Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Nama memang gah kan? Tapi kalau dah nama dia budak asrama, segah mana pun sekolah tu, makanan tetap sama. Kalau kau mengidam makan spagetti ke, pizza Domino's ke, jangan mimpi dapat kat dewan makan. 


Makanan di dewan makan untuk semua SBP adalah sama,kalau kau tak percaya, tanyalah kawan kau dekat SBP lain, dia makan apa breakfast pagi Isnin, lunch Jumaat. Konfom same. Yang lain nye rasa dia lah, sebab orang yang buat tu lain lain. Macam kat sekolah aku, dulu makanan, tayah cakap ah. Memang menjaga kesihatan sungguh, tade rase apa, kecuali mi goreng, rasa  kapur -.-' Sekarang, segala jenis rasa ada, cukup manis, masin dan pedasnya lebih lebih pulak.


Eh, dah cukup pasal dewan makan. Ni nak cerita pasal makanan selain dewan makan. Biasa budak asrama ni, loker mereka akan penuh biskut dan coklat dan gula gula. Kecuali yang mana tak tahu malu asyik ngendeng kat loker orang lain minta makanan.


Biasa dalam loker aku, ade BISKUT *ini penting, air kotak dan air mineral. Makanan lain jarang ade, roti ke, maggi ke. Biskut, sejak masuk SMAPK ni baru reti makan biskut. Dulu mana reti makan biskut Tiger, biskut dalam tin tu, biskut Hup Seng,Oreo, segala jenis biskut ahh. Sekarang ni, semua pon telan -.-'


Biskut favourite sekarang, OREO dan Munchy's MINI. Ni pon baru berkenalan dengan OREO -.-'
Rasanya, kalau tak duduk asrama, tak kenal OREO. MINIs pon, dulu asyik makan choc dengan peanut je, sekarang vanilla pon telan.




oreo, dulu tengok iklan pon entah pape.


dulu, biskut tiger biskut murahan kataku -.-'


No comments: