Hari-hari perkara yang sama berulang laku.
Bangun pagi, mandi, makan, tengok khairah, ngadap laptop dari pagi sampai pagi semula. Additional, jemur kain, angkat kain, lipat kain, masak-masak, basoh pinggan, tengok tv.
Status facebook memang akan penuh dengan manusia-manusia meluahkan perasaan kebosanan mereka berada di rumah, pada cuti sekolah. Tapi, kalau dekat sekolah terbayang-bayang nak duduk kat rumah buat ape-entah. Bila dah ada kat rumah, terfikir-fikir kalau dekat sekolah, tengah buat apa. Apalahhh =.='
Ada perkara yang kadang-kadang nampak simple, tapi sebenarnya sangat menarik untuk dilakukan di rumah.
#1 Jemur baju
Rutin harianku kalau bangun awal sebelum mak jemur kain. Haha. Kalau tak, tak lahh.
Kalau kat sekolah, punyalah malas nak basuh-jemur-angkat-lipat baju walaupun ada teknologi mesin basuh yang kena cop sehari sebelum kat asrama tu. Kalau ada kat rumah ni, best je jemur baju :D
Tengok ada baju selain baju kita en? Ada baju Khairah yang super-kecik :D Baju afiq yang seriously banyak.
Kain batik-pelikat mak ayah. Kalau kat asrama mana ada nak basuh kain batik sebab guna pon tak =.='
![]() | |||
| Baju Khairah semua comel-comel :) |
#2 Lipat baju
Aktiviti petang atau malam berdasarkan graf kerajinan. Lipat baju sambil menonton televisyen. Menonton drama jepun di laptop. Wahhh :D Kena lipat baju banyak-banyak pon dah tak kisah. Mengasah bakat melipat baju. *Aku lipat baju makin kemas :D
#3 Main masak-masak
Kat rumah, suka je kalau nak masak. Tapi tadelah nak masak lauk-pauk tu. Lauk paling biasa aku buat, dan satu-satunya yang tahu masak, TOMYAM :D Favourite lahh katakan, kenalah pandai masak. Biasa, masak dessert :) Puding karamel + trifle + dadih + kek batik + biskut . Oh, masak maggi goreng.. Sedap kott :D
Kalau kat asrama, kerja memang makan makanan yang siap terhidang kat DM (dewan makan) tu je lahh. Basuh pinggan pon tak kalau duduk kat asrama. Semua orang buatkan.
#4 Bukak peti, jumpa makanan
Oh, the best! Klau lapar je, masuk dapur, bukak peti, jumpa coklat, ambil pastu makan. Haha. Teruk gila perangai =.=' Tak lapar pon, bukak je peti ais tu, pastu tutup tanpa mengambil apa-apa. Memang kalau bosan, kerja bukak peti cari benda untuk dimakan :D
![]() |
| Kalaulah peti kat asrama macam ni =.=' |
#5 Air sedap bila-bila masa
bila aku sebut 'air sedap' I really mean AIR SEDAP. Definisi air sedap ni, air berperisa, tak kesah lah oren ke mangga ke anggur ke sirap ke bandung ke, tapi mesti ada AIS :) Dekat sekolah tak jumpa AIS. Kecuali kat DM lahh kalau minum air sejuk. Tu pon, kalau lambat dapat air kosong je lah, tak sejuk dah sebab ais semua dah habis :'( Since duduk rumah ni, every meal kot minum air sedap, anggur/milo/neslo/oren/mangga dll. Tapi air kosong/sejuk tidak dilupakan :')
#6 Basuh pinggan
Benda ni akan jadi best bila ada modd rajin nak basuh pinggan :) Kalau malas, pinggan sendiri pon tinggal je dalam sinki tu. Bila malas, mulalah fikir 'bestnya duduk asrama, tade pon pinggan nak kena basuh' :D
*************************************************
Tapi ada benda yang sangat menarik diri ini untuk berada di sekolah :)
#1 Sekeliling penuh kawan
Pandang kiri, lelaki, pandang kanan perempuan, pandang mana-mana pun nampak manusia yang berstatus KAWAN :) Sentiasa ada orang untuk kita bercakap :) Manusia ni kan memang suka bercakap, kurang mendengar, itu FITRAH. Jadi, kita perlu someone untuk dengar kita bercakap, dan kita perlu mendengar someone bercakap. Kalu di sekolah, tak perlu nak call-call habis kredit untuk borak-borak. Tak perlu wall-to-wall untuk luahkan perasaan, tak perlu pm-pm kalau nak cerita perkara SULIT. HAHA xD
#2 Sentiasa ada benda untuk dibuat
Jadi pelajar SBP (Sekolah Budak Pandai Sekolah Berasrama Penuh) ni memang akan ada je benda nak buat. Busy je memanjang *kononnya. Lagi-lagi masa form3 ni kan, cuti-cuti pon ada kelas. Tahun depan mesti lagi busy aku ni, dah lah jadi PP (Perosak Pemimpin Pelajar), uuu, tak percaya kott =.='
Tak sabar untuk menjadi pelajar Tingakatan4. Haha. Takbolehblahsungguh =.='
Actually, kalau kat sekolah, kalau bosan-bosan tu, boleh pergi dorm kiri-kanan-atas-bawah cari orang untuk join mengumpat berborak hal-hal dunia. Perkara-perkara akhirat pon, *sikit =.='
| Saya pelajar SBP :) *berkata dengan penuh bangga =.=' |





No comments:
Post a Comment