Tuesday, December 20, 2011

Semua pon cuak cuak -.-'

Foinee. Aku pon cuak. Haha. Ok rakan-rakan, kita akan tahu keputusan rasmi Peperiksaan Menengah Rendah 2011 pada tarikh 22Disember2011 bersamaan hari Khamis. Kecuakan ini disebabkan oleh sebab ada orang dah janji *janji ke? nak kasi hadiah kalau dapat straight As :) Muahahaha xD Dulu tak semangat sangat nak dapat straight A ni, mungkin sebab tade siapa cakap apa-apa, kan? Tade dorongan lahh, konon -.-' Tak boleh blah betul.

Tapi memang lah impian 9A tu :') 3 tahun belajar nak ambil PMR tuh, 3 tahun tu. Lama tu. Haha, kalau tak dapat 9A macam menyedihkan je? And thinking the expectation from all people around me, memang, hmm, tak boleh kalau tak dapat 9A ni -.-'

Rasanya kena betulkan balik niat nak dapat 9A ni. 9A kerana Allah Taala :) 9A supaya sekolah agama tidak dipandang remeh oleh orang lain. 9A supaya dapat menggembirakan hati orang-orang di sekelilingku ni :') Ramai-ramai Batch 0913 SMAPK dapat 9A supaya dapat naikkan balik nama SMAPK :'D

Pfft, my dream comes true ke? HAHA xD


So, that's it. Tak sabar nak pergi ambil result :') And hoping for the best :)


Oh, kena tanam ayat ni dalam hati sebelum pergi ambil result,

You have to EXPECT THE UNEXPECTED 

Jangan menjangkakan terlalu tinggi, takut kecewa di kemudian hari.
Cukuplah sekadar tanamkan dalam hati, Allah lebih mengetahui.


notakaki : Ok, siapa lagi nak kasi penghargaan kepada 
saya kalau saya dapat 9A ni? HAHA

2 comments:

Anonymous said...

all the best!
:)

Syabab said...

9A!!! for bittersweet!!!