Tuesday, December 1, 2009

its about 30/11/09

Salam..

Hari ni hari Isnin. Aku tahu semua pon tahu hari ni hari Isnin (dah nak habis pon hari ni). Pagi tadi plan nak pergi PETROSAINS sebab nak bawa afiq kesayangan tu. Sampai KLCC tengok tutup. Ye semua orang. PETROSAINS TUTUP PADA SETIAP HARI ISNIN. Pelik kan? haha.

So, aku pon pujuk2 ah mak nak pergi tengok wayang. huhu. And she agreed! Heaven kan? Mak+Afiq pergi tengok cerita Astro Boy. Cerita apa entah. Aku dengan penuh semangat yang berkobar2 pergi tengok TWILIGHT SAGA: NEW MOON.lalala. Seronok2! haha.Dan EDWARD CULLEN SANGAT HANDSOME!! I can't help it. SANGAT SANGAT SANGAT HANDSOME!! haha. Tapi cerita dia tergantung ah. Kena tengok Eclipse and yang last tu. And you know what? Dah ada buku dia yang version BM. dan tajuk dia TWILIGHT - SENJAKALA. Apa tu? haha. New Moon tak ingat la pulak. Nampak di Kinokuniya.


Edward jugak yang menang. Jacob? Nak Edward gak. haha


 
Tengok. Sangaaaaaaatt handsome..

Habis di KLCC. Habis movie, kami semua bergerak ke Masjid Jamek pula.


Mak pergi Masjid Jamek ni sebenarnya nak pergi bayar insurans. So, first2 kami ke Etiqa insurans. habis sejam kat situ. takde orang pon. Tapi sorang dah 20 minit. huh! Penat tunggu. Kemudian kami pergi makan. breakfast pukul 0930. Habis kat insurans tu dah pukul 3. Lapar weyh! Pergi makan kat gerai2 je. Standard commoners ah kan. Aku makan nasi ayam. Afiq dia makan mi sup. Mak order memang ikut selera Afiq ah. Takde sayur, takde apa2. Hanya  mi dan sup. Buat cukup syarat je. Then, ayah pon tiba di Masjid Jamek.

Imbas kembali.
pukul 0915 keluar dari rumah. menghala ke Taman Permata Untuk mencari tempat makn. huhu. Stop di kedai belakang Giant. Makan ala kadar je. Ingat ayah nak hantar dirinya ke office. Tapi, dia hantar kami ke KLCC terus. Class gitu.

Habis makan, pergi solat. Nama tempat pon Masjid Jamek, solat kat Masjid Jamek la kan? Pastu turn ayah pulak pergi makan. Mak pergi parking kat Semua House. Kami pon berjalan2 lagi. Pergi Nagoya. Cari kain nak buat baju PPS (stands for Pengawas Pusat Sumber). Lupa kaler la pulak. So, tak beli lah. huhu. Then, kami pergi cari Dualstick PS2 la pulak. Kena ketok RM80 untuk PS2 saje. Pastu balik lah. Lenguh segala urat badan. haha.





Saturday, November 28, 2009

novelnovel

Salam...

Selamat Hari Raya Aidiladha. Hari ni 11 Zulhijjah 1431 @ 27 November 2009. Aku selalu terfikir kenapa orang selalu wish Selamat Hari ni, hari tu. Tujuan? Even merdeka pon. Kalau birthday tu faham la..
Hari ni, pagi tadi ayh+pokpa+abang+nasrul+asyraf pergi ke Hulu Langat (ke tempat sembelih). So, dapatlah makan daging hari ni. Dah lama tak makan sup daging. huhu.

Berbalik kepada tajuk, hari khamis hari tu kak pergi jalan2 di Jln TAR. Dan dia dah beli novel. huhu. 5Tahun 5Bulan, 9 Nyawa (both to post to acik) dan Kemilau Mutira Raudhah. So, aku dah baca 5T5B tu. So, aku pon bacalah 9Nyawa tu sebab kak nak baca KMR tu. Yang nak dibangganya aku bace 2 novel (9nyawa n kemilau mutiara raudhah) tu termasuk lagi satu, Bidadari Dari Timur dalam masa 2 hari? Tak sampai kot. haha. memnag tak buat benda lain dah dua hari tu. Mengadap novel tu jelah. huhu.


nilah novel yang aku baca 2 hari ni. 
*9Nyawa tidak ditemui di google.com dan yahoo.com

Tuesday, November 24, 2009

taktahunaktulisapa.

salam..

Hari ni cuma ikut mom+dad pergi jmpe kawan ayh. di, R&R Awan Besar. Di mana tu? Highway Shah Alam. Kenapa di R&R? Tak tahu. huhu. Rakan2 saya di Taman Melati dengan suka sukinye pergi berjalan2 ke rumah kawan2 yang lain. Saya? Sampai rumah pukul 3, tido. haha.

Plan esok? pergi KLCC dengan Durrah+alongnya. Kalau sempat nak pergi ronda2 Taman Melati sebentar. Tapi, macam tak je. Tapi, tu esok punya plan la.

Esok juga abang punya last paper. Dan, semalam ke ahad entah, rumahnya dan rakan2 telah dimasuki pencuri. Dan telefon bimbit kesayangannya telah diambil.*ni yang saya faham dari cerita mom. huhu. Kesian. abang mesti sedih kerana telefon tu ada banyak mesej2 yang sentimental la kononnya. (rasanya dia tak sedih kot pasal telefon, tapi mesej dalam tu dan juga no telefon aweks2nya. haha) Dan pada hari khamis akan sampai di rumah. Ye abang? Bersama kawasaki ninja kot. GOOD LUCK abang!!

Monday, November 23, 2009

things happened before cuti..

Salam..


Okey. Hari ni 23/11. Dah 3 hari cuti. Tak buat apa2 pon kat rumah ni. Searching for friends nak keluar jalan2. Ada je perkara yang berlaku before cuti ni. Such as, jamuan yang belambak (juga bermaksud menghabiskan duitku).


1. Jamuan dorm (14/11)
Biasa2 je. Makan2 kat dorm. Makanan ringan jer. Then tukar2 hadiah. I got satu bantal peluk yang panjang tu.  Thanks to Hidayah Hafidzi. huhu.


Ni lah antara hadiah dan makanan kitorang malam tu. Sangat simple.





Ni tengah tunggu naqibah kesayangan. haha





dan, inilah naqibah2 kami.Kak Naimah dan kak Yaya.


*naqibah tu akak2 yang duduk di dorm form 1. Sebenarnya tak kisah la form bape pon. Diorang la yang in-charge untuk jaga adik2 ni.




2. Jamuan form (16/11)
Jamuan ni bertempat di dewan makan. Campur dengan 2 kelas form 2. Tak tahu kenapa dan merekalah yang handle benda ni. Kami yang kisah. huhu. Nak kata grand pon tak. Biasa2 je. Tapi yang hebatnye, pengetua pon datang. Menu; nasi briyani, daging black pepper, nugget, kuah dal, fries, ayam goreng, etc.



Ni la menu untuk petang tu. Semuanya dimasak pleh makcik dm.huhu. Ada tambahan, ais krim.






3. Jamuan Khalid al-Walid.
Tema baju sebenarnya merah. Tapi aku tak pernah ada warna merah, keluar theme ah. blue-black aku pakai. Pelik sensorang kat situ. Tapi, ada sesiapa kisah? Tak ada! haha.



Gambar ni dicaptured lepas jamuan. Ni dormmates aku ah. Tak cukup sorang - Norhassyazwani and naqibah2.
nak berkenalan? baris atas from kiri: me, Atikah, Hajar, Effa', Busyra and Lisa
duduk dari kiri; Hafizah, Ochee (name given by parent is atually Khalishah Niirkira), Intan, Ain, Hidayah






4. Jamuan usrah. (13/11)
Paling simple ah. Beli kek pisang + coklat satu, makan kat tempat bersantai tu. Apa susah?  Time tukar2 hadiah, aku dapat apa entah nak describe pon tak reti. yang penting jenama dia MORGIRL. haha. Thanks to kak umi kalthum..


tiada gambar kerana terlupa. huhu.




tu la jamuan2 nye. semuanya mengutip duit.huhu. that's jamuans for this year.. ok ah gak. tak lah gempak mana pon. tapi, ok la.