Monday, December 27, 2010

Aktiviti Hujung Minggu

Ok, dari Jumaat sampai semalam, Ahad, aku berkampung di Nur Lembah Bestari, Ulu Yam, Selangor. *cehh, ayt BAKU. -.-'


JAMBORI REMAJA MUSLIM NASIONAL 2

Program nilah yang aku pergi hujung minggu ni. Ok, nama dia JAMBORI, ape first thing yang kau fikir? Aku memang tak fikir pape, Takat nama program jelah. Padahal JAMBORI tu indicates 'tidur-dalam-khemah-tade-dorm-atau-katil-atau-apa-apa' . Pastu bila aku tahu, aku dah bayar deposit, So terpaksalah pergi, Takan nak burn je deposit tu? 


Pergi Jumaat, oklah, malam tu tidur dalam khemah, 4 orang satu khemah. Cehh, dahlah khemah kecik, 4 orang pulak tu, tapi nak buat cane, tido jelah -___-"
Satu khemah dengan budak budak Penang, dan aku paling muda, dua orang baru habis SPM lagi sorang form4. Ni sume bersaudara saudari lah kirenye. Nama mereka dah tak ingat - 2 org je tau nama, lagi sorg tatau -.-' .


Pastu, petang Sabtu hujan lebat gile.. Maka dengan itu habis basahlah khemah kami semua -.-'
Pindah dalam dewan, dah macam mangsa banjir, sume tersempit sepit time nak amik barang. Beg berlonggok sana sini. Tambah pasir dan air -.-'


Malam tu tido dalam dewan, ada air-cond dowh, sejuukkk. 


Aktiviti dia best lah gak, sabtu main air (sungai) -kire macam explorace lah, ade checkpoint check poin , jungle trekking, ada mainan atas darat -sebab tadi main dalam air dah . Yang tak best nya, balik kena basuh kasut, baju dan seluar penuh pasir -.-'


Fasilitator dia sume comel comel handsome handsome (yang lelaki tak tengok pon padahal -.-' ) . Peserta perempuan dengan lelaki tak campur, kire memnag tak nampak lelaki lah kecuali time penutup. Ramai gila peserta, 700++ lelaki perempuan. Yang perempuan je dah 250++. Bayangkanlahh.Dan sangat ramai budak sekolah agama -aku pon sekolah agama -.- , Ni yang keluar pakai tudung labuh yang bulat tu, yang aku kena pakai dekat sekolah tu, memang pakai dekat sekolah jelah -.-' , tapi mereka pakai  time program ni, dengan jubah dan baju kurung :) Aku sempoi tudung biasa dan t-shirt biasa :)


Tidor dalam khemah, toilet ade 6 shower ade 4. Aku mandi sekali je pasal malas nak queue gila panjang, kalah time nak beli tiket wayang harry potter first day *bukan aku gi trngok HP 1st day pon -.-'
Tu pon pasal Sabtu tu mandi hujan sungai segala bagai, kenalah mandi dowh.


Driver saya pergi balik ialah MAZNAH MOHAMAD sebab kerja dia memang jadi driver pesrta peserta. Transport orang dari tempat kem ke KTM Batu Caves. Ada gak yang hantar ke LRT Terminal Putra and Greenwood bagi sape yang naik bas. :) Oh, abang ipar saya pon jadi driver, bagus betul mereka ni :)
Terbaik lahh.


Peserta sume datang dari segala ceruk muka bumi Malaysia ni, Ada dari utara selatan timur barat. Yang dari jauh jauh tu datang ngen bas. Nama pon NASIONAL kan?
Pastu time dah nak sampai umah, kakak aku bagitau bahawa kakak saudaraku SITI NAJIHAH NGAH ada sekali. Tapi masalahnya, aku tak jumpe langsung and tak expect pon ade orang yang aku kenal -.-'


Group aku, 13. Sume girls ade 30 group, tak pelik pon kalau tak jumpe Na. Satu group 8-10 orang.
ketua aku nilah paling sempoi. Dia pakai tudung macam Yuna, tapi ade riben macam cik epal ni. Ayat femes dia time sabtu tu, 'adik adik kakak, sume ok??' haha
Lawak gila lah, tapi memang best. Nama dia FARIHAN BAHARUDIN boleh panggil KAK FAN :)


That's the story.


Atas sebab aku bawak je camera tapi tidak dikeluarkan langsung, jadi aku tiada gamba.
Nak tengok boleh ke sini . 




nota kaki ; otw balik, kete kena langgar, bumper Gen2 tu kemik sikit -.-'

No comments: