Thursday, December 9, 2010

TAKE FOR GRANTED



Benda ni selalu terjadi, kepada setiap insan. Tipulah kalau kau tade something yang kau take it for granted. 
Ade banyak benda yang orang selalu ambil mudah, dari pemerhatian aku hidup selam 14 tahun beberapa bulan ni lah, seperti,

  1. sekolah, kalau duduk kat sekolah, sibuk nak balik, kat rumah bosan pulak. Nak gi sekolah.
  2. barang, tak kisah la apa, buku, jam, tisu, apa apa je.
  3. study, mende tu penting, tapi kau tak study, bila result keluar, baru meraung.
  4. yang aku nak tekan kan kat sini, ISLAM, agama ISLAM, 
  5. ada banyak lagi mende lain,

********************

ISLAM, di Malaysia, first kita tengok MAKANAN kita. Kau sure 100% tanpa ragu ragu ke yang makanan tu halalan toyyiban? Yang kau makan makanan kat luar tu, ayam ayamas yang kau beli, confirm ke sembelih dengan nama ALLAH? Kau sure ke yang segala jenis bola bola yang kau beli tu tade tersesat bahan bahan dari segala yang haram? Yang suka chocolate, kau pasti ke yang Cadbury tu tade bahan bahan dari BABIBUTA?




ayam ni? kau rasa kena sula sembelih ke ape?



kau rase cam mane? sedap ek cadbury? ingredients die?



Ayah aku selalu cakap macam ni, 'make sure segala mende yang nak beli tu ada tanda HALAL' , even adik aku AFIQ yang comel kecik tu pon tau, kadang kadang aku sekali kena ngen dia, 'yang tu ade tanda HALAL ke tu? yang dalam troli tuh?' Wahh, time tu baru terkial kial nak check, kalau tak main rembat je. Tapi kadang kadang ada HALAL pon ta boleh percaya =.=' . Lagi susah.



HALAL JAKIM eh? yang ni tau. 


bukan yang ni. =.=



Next, opinion aku lah, aku rasa memang lagi selamat duduk kat oversea, negara yang bukan ISLAM, sebab kita akan lebih jaga makanan yang kita nak beli kan? Macam kakak aku kata (dia study AUSTRALIA yaww), kalau kat sana, check HALAL ke TIDAK, kalau tade HALAL pon, check segala jenis nombor yang ada kat ingredients, takut ada apa apa berkaitan BABIBUTA terlibat. Kita kat MLAYSIA memang lah ambil mudah benda ni kan? Pergi GIANT, CARRE4, atau ape saje kedai, memang main amik je lah kan?



GIANT?



Aku rasa kan, memang lah kita kena jaga segala benda ni, sebab kita makan benda tu, jadi darah daging kan?
TERmakan je benda yang haram ni, terus gelap hati. =.=' . Tak ke susah nak bersihkan hati yang bukan hitan dengan makanan tuje,  banyak lagi mende yang menghitamkan hati yang kita buat kan? Kau tayah nak nafikan yang kau ta gelak kuat kuat, tak mengutuk orang kat belakang, paling paling tak pon, kau tengok cite omputin yang seksi tak senonoh tu kan? Mende paling mudah.



susah nak bersihkan balik kau tahu?



***************************



Aku selalu rasa yang orang yang baru peluk ISLAM tu bertuah, memang bertuah pon kan? Sebab diorang takan amik mudah ISLAM ni, sebab diorang cari ISLAM. Susah kot nak jumpa agama yang betul ni kan?
Macam ciarrai ni, dan laureen booth dan ramai je lagi. Allah bagi diorang hidayah, how lucky there are? 




***************************

Kalau aku kat sekolah hari tu, selalu ada yang cerite, bila duduk belajar kat oversea ni, diorang lebih menghargai ISLAM, kenapa? Sebab, dekat oversea nun, tade masjid tau.Tadenye kau dengar orang azan kat radio, tadenye kau dengar takbir raya masa hari raya, tadenye kau nampak ramai orang pakai tudung. So, dekat situ, ada 2 choice je kau nak jadi apa kalau kau belajr kat oversea kang, samada kau akan CULTURE SHOCK dan jadi lebih omputih daripada omputih atau kau akan jadi a BETTER PERSON. Kau lah yang buat keputusan sendiri. 

Aku baca buku HLOVATE tajuk, VERSUS kalau tak salah, ada satu part ni yang laki ni nak ajk wife dia duduk Australia je, sebab dia kata, kalau kat oversea ni, ada HITAM dan PUTIH sahaja, tade KELABU macam kat Malaysia. Faham tak?



ni VERSUS, best! tak rugi kau baca!




Kalau tak faham, meh aku terangkan, kalau kat oversea, yang ada ISLAM yang ISLAM yang KRISTIAN yang KRISTIAN, so nanti kalau dia duduk Malaysia, anak dia boleh tanya, 'kenapa orang tu ISLAM, tapi dia TAK pakai TUDUNG?' , kalau kau, kau nak jawab apa? Kalau duduk oversea tade la anak dia tanya macam tu nanti sebab yang ISLAM insyaALLAH pakai tudung dan yang tak pakai tudung tu memang bukan ISLAM. So, tader la nak argue argue, kau mungkin fikir ni cara parents tu nak lepas daripada soalan soalan yang menguji minda macam tu, tapi cuba kau fikir, kalau anak kau nanti tanye? Kalau aku, aku rasa aku tak boleh jwab, tade jawapan yang sesuai. takan nak jawab 'dah dia tanak pakai tudung, nak buat macam mana?' tak ke lagi bengap bingung anak kau nanti?



kalau anak kau besar ni tanya, kau nak jawab ape?


ni, ISLAM tapi tudung nya? pakaian nya?



Tu pasal lah aku rasa, nanti besar, aku nak duduk oversea je, haha. 
nanti aku cari balik kod BABIBUTA dalam makanan, 
supaya kau tidak membeli secara MEMBUTA TULI lagi. 

:)



3 comments:

Shahizan Azmi said...

Apa kod babi hah ? Tak silap aku kalau kau check kod dekat plastik apollo, ada kod babi (:

eh bila baca ni aku rasa kena duduk oversea jugak. Nak lpskan diri dr jawab soalan cepumas ank aku nnt XD HAHHA

Anonymous said...

bila aku baca ni.,
aku rasa dah besar nak jadi peladang.
bela lembu, ayam, kambing dsb
buat kfc sendiri..

angan angan kanak kanak :)

aafifah said...

khairul anwar ;
wehh, sila sila, nanti senang, aku beli sume binatang dgn kau jee. haha