Saturday, December 4, 2010

program sepanjang musim cuti sekolah

program cuti sekolah.

Tarikh ; awal cuti hingga penghujungnya

Aktiviti ; tengok drama jepun / korea sepanjang masa

Peserta ; semua murid / pelajar yang bercuti dan tiada aktiviti yang berfaedah 
dan lebih kepada pelajar perempuan tetapi lelaki jg dialu2kan

Tempat ; di rumah, atau mana mana sahaja yang sesuai

Penganjur ; 
  • semua laman web drama korea / jepun, 
  • cd / dvd yang ada dalam simpanan, 
  • folder dalam komputer yang mengandungi drama - drama korea / jepun


Yuran ; sekadar bil elektrik dan internet pada hujung bulan

Barang keperluan ;
  •  komputer atau tv bagi yang tengok dvd / cd, 
  • talian internet bagi yang menonton di website website 
  • dan mungkin tambahan, bantal untuk dipeluk sepanjang menonton, 
  • tisu untuk lap air mata kot kot menangis, 
  • makanan untuk isi perut dikala kelaparan, 
  • dan lain lain yang dirasakan perlu.



ini adalah program yang disertai oleh kebanyakan pelajar-pelajar yang sedang bercuti sekarang, 
tak kira darjah berapa atau tingkatan berapa atau yang ade peperiksaan besar tahun depan atau tidak, semua menyertai. kecuali kalau beliau ada aktiviti lain yang lebih berfaedah seperti mesyuarat tepi tingkap setiap petang, so pagi pagi kena sediakan minit mesyuarat, ataupun keluar setiap haru menghabiskan duit dalam poket masing masing.

antara peserta yang sedang menyertai program ini dengan jayanya adalah, saya sendiri, AAFIFAH, AZRIN,  SHAHIZAN (yang aku tahu, bukan seorg yang minat korea ttp masih mengambil bahagian dalam program ni) , ATIQAH , INTAN (yg ni lain sikit, da jadi korean FREAK) , yang mana mereka ini akan mengambil PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH tahun hadapan, memang tak sedar diri, dan KAK AIN , calon SPM tahun hadapan. harap maklum

adalah dialu-alukan kepada semua pelajar yang kebosanan dan tiada apa untuk dilakukan sepanjang cuti sekolah ini, 


2 comments:

Shahizan Azmi said...

cis kau , aku dikaitkan -.-' Haha tak aku tengok sebab TAK sengaja

isnasution said...

haha!yeah..
korean mvies are our important subject now!
:)